CABARAN PERINGKAT NEGERI

  1. Cabaran CATUR BISTARI peringkat negeri dianjurkan bersama oleh KFC Holdings (Malaysia) Bhd di bawah Program Tanggungjawab Sosial Korporatnya dengan Bistari Young Intrapreneur Sdn Bhd (syarikat di bawah Kumpulan Johor Corporation).
  2. Cabaran ini dibuka kepada semua rakyat Malaysia yang berusia 15 tahun dan ke atas, KECUALI anggota pekerja Johor Corporation dan Syarikat-syarikat di dalam Kumpulannya termasuk Kulim (Malaysia) Berhad, KFC Holdings (Malaysia) Bhd, QSR Brands Bhd, rakan niaga, syarikat sekutu, agensi penganjur cabaran, agensi perhubungan awam dan agensi pengiklanannya serta pihak lain yang terlibat dalam cabaran ini dan juga anggota keluarga terdekat mereka (suami, isteri, anak-anak). Pihak penganjur berhak untuk membatalkan kelayakan peserta yang didapati tidak memenuhi syarat pada bila-bila masa sebelum atau semasa dalam tempoh pertandingan.
  3. Penyertaan yang diterima dari peserta di bawah usia 18 tahun yang memenuhi syarat di atas, perlu mendapat kebenaran daripada ibu/bapa atau penjaga yang sah.
  4. Pemenang Nilai Aset Tertinggi Individu CABARAN CATUR BISTARI Peringkat Kebangsaan 2008 TIDAK DIBENARKAN untuk menyertai CABARAN CATUR BISTARI 2009.
  5. Setiap peserta hanya boleh bertanding di satu negeri sahaja. Negeri di mana peserta akan bertanding akan ditentukan mengikut alamat kediaman semasa.
  6. Peserta perlu membuat pendaftaran di laman web www.kfc.com.my sebelum 12.00 tengahmalam, 15 September 2009 untuk menyertai cabaran ini. Peserta dikehendaki mengisi semua butir-butir peribadi (iaitu nama, nombor Kad Pengenalan, alamat penuh kediaman semasa dan nombor telefon) sebagaimana yang dinyatakan di laman web. Pendaftaran tertakluk kepada prinsip siapa cepat dia dapat (first-come-first serve basis).
  7. Setiap pendaftaran akan dikenakan yuran pendaftaran sebanyak RM15 setiap peserta dan bayaran dibuat secara tunai. Yuran pendaftaran akan dibayar pada hari cabaran diadakan.
  8. Pendaftaran yang tidak lengkap atau lewat diterima akan dibatalkan.
  9. Pendaftaran terawal dari 50 peserta yang memenuhi syarat penyertaan dari setiap negeri akan layak bertanding di peringkat negeri. Sebanyak 10 kumpulan akan dibentuk untuk setiap cabaran di setiap negeri. Sekiranya terdapat kurang daripada 50 peserta untuk negeri tertentu, peserta akan bertanding mengikut jumlah kumpulan yang boleh dibentuk. Pembentukan kumpulan akan ditentukan oleh pihak penganjur.
  10. Para peserta peringkat negeri dikehendaki hadir untuk pendaftaran selewat-lewatnya 1 jam sebelum bermulanya masa cabaran untuk tujuan taklimat. Jika peserta gagal hadir untuk pendaftaran, penyertaannya akan dibatalkan.
  11. Setiap Cabaran Peringkat Negeri akan berlangsung mengikut jadual yang ditetapkan oleh pihak penganjur. Masa yang ditetapkan untuk Cabaran CATUR BISTARI ialah 2 jam.
  12. Hadiah Pemenang Cabaran CATUR BISTARI Peringkat Negeri:
    a. Kumpulan
    Kategori Hadiah Pemenang
    Kumpulan Pertama ke Laluan Tijarah Hamper bernilai RM250 x 5 orang
    Kumpulan Pertama ke Laluan Jihad Bisnes Hamper bernilai RM250 x5 orang
    Kumpulan Nilai Bisnes Amal Tertinggi Hamper bernilai RM250 x5 orang
    Nilai Aset Tertinggi
    - Johan
    - Naib Johan
    - Tempat Ketiga

    Hamper bernilai RM300 x 5 orang
    Hamper bernilai RM250 x 5 orang
    Hamper bernilai RM150 x 5 orang

    b. Individu
    Kategori Hadiah Pemenang
    Nilai Aset Tertinggi Individu Wang Tunai RM500.00
  13. Selain daripada itu, sekurang-kurangnya 12 peserta yang mencatatkan nilai aset tertinggi di setiap negeri adalah layak mewakili negeri masing-masing untuk bertanding di peringkat kebangsaan termasuk 2 orang peserta simpanan.

CABARAN PERINGKAT KEBANGSAAN

  1. Cabaran CATUR BISTARI peringkat kebangsaan akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, Johor Bahru pada tarikh yang akan ditetapkan kemudian.
  2. Pemenang-pemenang Cabaran Peringkat Negeri yang layak ke Cabaran Peringkat Kebangsaan ini akan disertai kumpulan yang dipilih oleh pihak Bistari Young Intrapreneur Sdn Bhd yang terdiri daripada Agensi Kerajaan dan Bukan Kerajaan, pihak swasta, Institusi Pengajian Tinggi, sekolah dan badan-badan beruniform. Pemilihan kumpulan oleh Bistari Young Intrapreneur Sdn Bhd adalah muktamad.
  3. Bayaran RM30.00 akan dikenakan untuk setiap seorang peserta.
  4. Para peserta peringkat kebangsaan dikehendaki hadir untuk pendaftaran selewat-lewatnya 1 jam sebelum bermulanya masa cabaran untuk tujuan taklimat. Jika peserta gagal hadir untuk pendaftaran, penyertaannya akan dibatalkan.
  5. Setiap peserta yang layak bertanding ke peringkat kebangsaan akan diberikan insentif RM150 dan penginapan satu (1) malam di Johor Bahru. Peserta dari Sabah dan Sarawak akan dibayar balik kos tiket penerbangan untuk pergi dan balik Air Asia.
  6. Hadiah Pemenang Cabaran CATUR BISTARI Peringkat Kebangsaan
    a. Kumpulan
    Kategori Hadiah Pemenang
    Kumpulan Pertama ke Laluan Tijarah
    • Sijil Penyertaan
    • Plak
    • Wang Tunai (RM3000)
    Kumpulan Pertama ke Laluan Jihad Bisness
    • Sijil Penyertaan
    • Plak
    • Wang Tunai (RM3000)
    Kumpulan Nilai Bisnes Amal Tertinggi
    • Sijil Penyertaan
    • Plak
    • Wang Tunai (RM3000)
    Nilai Aset Tertinggi Johan
    • Wang Tunai RM50,000
    Naib Johan
    • Wang Tunai RM30,000
    Tempat Ketiga
    • Wang Tunai RM20,000

    b. Individu
    Kategori Hadiah
    Nilai Aset Tertinggi Individu Kereta Proton Persona Baseline 1.6 (Auto) - Merah *
    * Pemenang bagi Nilai Aset Tertinggi Individu adalah tidak layak untuk menerima sebarang hadiah kumpulan. Tidak termasuk cukai jalan, insurans, caj penghantaran dan caj perkhidmatan/pengendalian lain, cukai dan/atau duti yang perlu dibayar. Warna dan masa penghantaran adalah tertakluk kepada stok
    Warna dan spesifikasi kereta Proton Persona Baseline 1.6 (Auto) – Merah yang dihadiahkan mungkin berbeza daripada yang diiklankan
  7. Semua hadiah tidak boleh dipindah milik kepada orang lain atau ditukar dengan wang tunai.
  8. Pihak penganjur berhak untuk menggantikan hadiah dengan hadiah lain yang sama nilai, tanpa memberikan notis terlebih dahulu.
  9. Pihak penganjur berhak untuk menamatkan Cabaran CATUR BISTARI ini pada bila-bila masa sebelum atau semasa dalam tempoh pertandingan.
  10. Kos untuk menuntut hadiah akan ditanggung sepenuhnya oleh pemenang. Pemenang adalah bertanggungjawab terhadap sebarang cukai atau duti yang perlu bayar, insurans, yuran penghantaran dan kos-kos lain yang berkaitan. Pemenang hendaklah bersetuju untuk melepaskan tanggungan dan membayar ganti rugi secukupnya kepada pihak penganjur terhadap sebarang kegagalan menjelaskan cukai yang perlu dibayar kepada pihak berkuasa berkenaan jika perlu.
  11. Semua butir-butir pendaftaran yang dihantar akan menjadi hak milik pihak penganjur.
  12. Pihak penganjur berhak untuk menggunakan nama, alamat, gambar, butir-butir dan/atau dokumen semua pemenang untuk tujuan pengiklanan dan semua bentuk publisiti dari masa ke semasa. Pemenang perlu menghadiri majlis penyampaian hadiah dan/atau menyertai program publisiti.
  13. Pihak penganjur, semua rakan niaganya dan pihak lain yang terlibat dalam cabaran ini, termasuk pengarah, pegawai dan/atau agen tidak bertanggungjawab dalam apa jua bentuk sekalipun terhadap perkara-perkara yang berikut:
    a) sebarang perbelanjaan tambahan yang ditanggung untuk menyertai cabaran;
    b) sebarang bentuk gangguan teknikal;
    c) campur tangan pihak tidak sah dalam challenge;
    d) kesilapan elektronik atau manusia dalam pentadbiran cabaran atau pemprosesan penyertaan; dan
    e) sebarang penyertaan yang hilang, dicuri, rosak, tersalah hantar atau tidak diterima.
  14. Semua pemenang hadiah bertanggungjawab sepenuhnya bagi sebarang kecederaan, kerosakan atau tuntutan yang timbul daripada penyertaan mereka dalam cabaran ini atau daripada pertukaran hadiah. Dengan menerima atau menuntut mana-mana hadiah, pemenang bersetuju melepaskan tanggungan pihak penganjur, semua rakan niaganya dan/atau pihak lain berkaitan dengan cabaran, termasuk pengarah, pegawai, anggota pekerja dan agen, daripada sebarang tuntutan, pendakwaan, penghakiman, kerosakan, kehilangan atau liabiliti yang ditanggung berkaitan dengan penyertaannya dalam cabaran, atau penerimaan atau pertukaran atau penggunaan mana-mana hadiah.
  15. Terma dan syarat cabaran ini disediakan dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Sekiranya wujud ketidakseragaman antara dua (2) versi tersebut, versi Bahasa Melayu akan menjadi rujukan rasmi dan diguna pakai.
  16. Dengan menyertai cabaran ini, peserta bersetuju untuk mematuhi sepenuhnya semua terma dan syarat cabaran ini. Semua keputusan yang dibuat oleh hakim dan penganjur adalah muktamad dan tidak boleh dipertikaikan. Surat-menyurat tidak akan dilayan.
  17. KFC Holdings (Malaysia) Bhd. dan Bistari Young Intrapreneur Sdn Bhd berhak sepenuhnya, untuk menukar, membatal atau menambah sebarang terma atau syarat tanpa memberikan sebarang notis terlebih dahulu
  18. Untuk pertanyaan, sila hubungi 03-5635 1391 (Isnin - Jumaat, 10.00 pagi – 5.00 petang, kecuali hari cuti umum).

STATE LEVEL CHALLENGE

  1. State Level CATUR BISTARI Challenge is jointly organized by KFC Holdings (Malaysia) Bhd under the Corporate Social Responsibility Program with Bistari Young Intrapreneur Sdn Bhd (a company under the Johor Corporation Group of Companies).
  2. The challenge is open to all Malaysians aged 15 and above, EXCEPT employees of Johor Corporation and its Group of Companies including Kulim (Malaysia) Berhad, KFC Holdings (Malaysia) Bhd, QSR Brands Bhd, partners, associates companies, promotion agencies, advertising agencies, PR agencies, and all other parties involved in this challenge and their immediate family members (husband, wife, children). The organizer reserves the right to disqualify participants who are found to be not eligible any time during the challenge period.
  3. Applications from participants below the age of 18 years who fulfilled the conditions above must obtain their parent’s or guardian’s consent.
  4. The National level Highest Individual Asset Value winner in CATUR BISTARI CHALLENGE 2008 is NOT ALLOWED to participate in CATUR BISTARI CHALLENGE 2009.
  5. Each participant is only entitled to participate in one state challenge. Participants will compete in the state of their current residential address.
  6. Participants must register at www.kfc.com.my website before 12 midnight, 15 September 2009 to participate in the state level challenge. Participants are required to fill in all personal particular (name, IC number, current residential address and contact number) as stated in the website. Registration is based on first come first served basis.
  7. A registration fee of RM15 will be charged for every registration and must be paid in cash. The registration fee will be collected on the day of the challenge.
  8. Incomplete or late registration will be disqualified.
  9. 50 earliest registrations received from each state which have fulfilled all conditions will qualify to participate in the state level challenge. 10 groups will be formed in every state challenge. If there is less than 50 participants in any state, participants will compete according to the number of groups formed by the organizer. Groups will be formed by the organizer.
  10. All participants are required to arrive for registration at least one (1) hour before the start of the challenge for briefing and registration. Any participants who failed to show up for the registration will be disqualified from the challenge.
  11. Each State Level Challenge will be conducted following the routine set by the organizer. The time allocated for the CATUR BISTARI Challenge is 2 hours.
  12. Prizes for the Winners of the State Level CATUR BISTARI Challenge:
    a. Group
    Category Winner Prizes
    First Group to Laluan Tijarah Hamper worth RM250 x 5 persons
    First Group to Laluan Jihad Bisnes Hamper worth RM250 x 5 persons
    Group with Highest Bisnes Amal Value Hamper worth RM250 x 5 persons
    Highest Asset Value
    - Champion
    - Runner-up
    - 2nd Runner-up

    Hamper worth RM300 x 5 persons
    Hamper worth RM250 x 5 persons
    Hamper worth RM150 x 5 persons

    b. Individual
    Category Winner Prizes
    Highest Individual Asset Value Cash Prize RM500.00
  13. Top 12 participants who obtained highest individual asset value from each state will represent their respective state to compete in the National Level where two participants will be the reserve players.

NATIONAL LEVEL CHALLENGE

  1. National Level CATUR BISTARI Challenge will be held in Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, Johor Bahru on a date that will be announced later.
  2. State Level Challenge winners who are eligible to the National Level of CATUR BISTARI Challenge will be joined by groups selected by Bistari Young Intrapreneur Sdn Bhd from Government Agencies, Non-Government Agencies, private sectors, Higher Education Institutions, schools and uniformed bodies. Selection of groups by Bistari Young Intrapreneur Sdn Bhd is final and binding.
  3. A fee of RM30 will be charged to every participant of the National Level CATUR BISTARI Challenge.
  4. All participants are required to arrive for registration at least one (1) hour before the start of the challenge for briefing and registration. Any participant who fails to show up for the registration will be disqualified from the challenge.
  5. Every participant who qualifies to compete in the National Level will be given RM150 incentive and one (1) night accommodation in Johor Bahru. Each participant from Sabah and Sarawak will be reimbursed for one (1) return flight ticket via Air Asia.
  6. Prizes for the Winners of the National Level CATUR BISTARI Challenge:
    a. Group
    Category Winner Prizes
    First Group to Laluan Tijarah
    • Certificate of Participation
    • Plaque
    • Cash (RM3000)
    First Group to Laluan Jihad Bisness
    • Certificate of Participation
    • Plaque
    • Cash (RM3000)
    Group with Highest Bisnes Amal Value
    • Certificate of Participation
    • Plaque
    • Cash (RM3000)
    Highest Asset Value (Group) Champion
    • Cash Prize RM50,000
    Runner-up
    • Cash Prize RM30,000
    2nd Runner-up
    • Cash Prize RM20,000

    b. Individual
    Category Winner Prizes
    Highest Individual Asset Value Proton Persona car Baseline 1.6 (Auto) – Solid Red*
    * The winner of Highest Individual Asset Category is not eligible for any of group prizes. Excluding road tax, insurance, delivery charges and other service/handling charges, taxes and/or duties payable
    The colour and/or specifications of the Proton Persona Baseline 1.6 (Auto) – Solid Red awarded may differ from what is advertised
  7. All prizes are not transferable to other person and/or exchangeable for cash.
  8. The organizer reserves the right to substitute any prize with another prize of the same value, without giving prior notice.
  9. 9. The organizer reserves the right to end the challenge at any time during the challenge period.
  10. Costs incurred for the collection of prizes will be borne by the individual winners. Winners shall be solely responsible for any taxes or duties payable, insurance, delivery charges and other additional costs involved as a result of participation in this challenge. Winners shall agree to indemnify and keep organizer sufficiently indemnified against any failure to remit the tax payable to the relevant authorities.
  11. All details submitted via the registration will be the property of the organizer.
  12. The organizer reserves the right to use the name, address, photograph, particulars and/or documents of all winners for the purpose of advertising and all other forms of publicity from time to time. Winners may be required to attend the prize giving ceremony and/or participate in publicity programmes.
  13. The organizer, all its business partners and other parties involved in this challenge, including their directors, officers and/or agents are not liable in any way for the following:
    a) any additional expenses incurred for taking part in this challenge;
    b) any sort of technical failure;
    c) intervention by unauthorised parties during the challenge;
    d) electronic or human errors in the administration of the challenge and the processing of entries/registration; and
    e) any entry/registration that is lost, stolen, damaged, wrongly delivered or not received.
  14. All Prize Winners are fully responsible for any injuries, damages or claims resulting from their participation in this contest and from the redemption of prizes. By accepting or collecting any prize, the winner agrees to indemnify the organizer, all its business partners, and/or other parties related to this challenge, including their directors, officers, employees and agents from any claim, prosecution, judgement, damage, loss or liability incurred related to his/her participation in the challenge, or his/her acceptance or redemption or use of any prize.
  15. The challenge Terms & Conditions are prepared in both Bahasa Melayu and English. In the event of inconsistencies between both versions of the challenge Terms & Conditions, the Bahasa Melayu version shall prevail.
  16. By participating in this challenge, participants agree to adhere strictly to the terms & conditions of this challenge. All decisions made by the judges and the organizer are final and binding. No correspondence will be entertained.
  17. KFC Holdings (Malaysia) Bhd and Bistari Young Intrapreneur Sdn Bhd reserve the rights and authority to amend, cancel or add any terms and conditions without prior notice.
  18. For more information or enquiries, please call 03-5635 1391 (Monday - Friday, 10am - 5pm, except during public holidays).