Kisah Colonel

KFC telah bermula dengan kudrat dan semangat seorang lelaki, Colonel Harland Sanders. Dilahirkan pada 1890, beliau telah menemui minatnya terhadap memasak sejak berusia 9 tahun lagi. Seorang yang percaya pada kegigihan dan keazaman, beliau meninggalkan sekolah pada ketika gred keenam bagi mencari nafkah untuk ibu dan adik-beradiknya setelah kematian bapanya.

Pada tahun 1952, Colonel telah mengecapi status sebagai seorang selebriti apabila dia memutuskan untuk memulakan francais Ayam Goreng Kentuckynya dengan resipi 11 rempah-ratus yang popular itu ke seluruh Amerika. Sehingga kini, terdapat lebih kurang 18,000 cawangan KFC di 115 buah negara di seluruh dunia.

Resipi rahsia Colonel hanya tiba di Malaysia pada sekitar 70an.

Perjalanan Colonel

1890

Colonel Harland D. Sanders dilahirkan pada 9 September.

1906

Berkeyakinan tinggi pada usia16 tahun, Colonel telah memalsukan maklumat usianya bagi membolehkannya menyertai tentera. Setahun kemudian, beliau mula bekerja sebagai tukang besi dan kemudiannya sebagai ahli bomba. Kepelbagaian kerjayanya terus berkembang dari situ, meninggalkan kami dalam kekaguman.

1920s - 1930s

Perjalanan karier Colonel sebenarnya berwarna-warni. Dari memulakan sebuah syarikat feri kepada jawatannya sebagai setiausaha di Indiana Chamber of Commerce, beliau juga pernah menjadi seorang agen insurans, jurujual lampu dan tayar dan juga seorang bidan.

1930s

Colonel telah memasak untuk para perantau yang kelaparan di stesen servisnya di mana beliau telah memperkenalkan ayam gorengnya.

Gabenor Ruby Laffoon begitu menyukai ayam goreng tersebut hinggakan beliau melantik Harland Sanders sebagai Colonel Kentucky terhormat. Dan bermula dari situlah beliau kemudiannya mula dikenali sebagai Colonel!

1939

Colonel telah memperbaiki Resepi Original ayam gorengnya dengan adunan 11 rempah ratus, dengan kaedah ‘pressure cooked’ untuk mengekalkan keenakan ayam tersebut.

1950s

Pada usia 65 tahun, setelah bersara, Colonel Sanders mengabdikan dirinya kepada perniagaan francais ayamnya, mengembara dari satu restoran ke restoran yang lain mengelilingi U.S. dan Canada dengan sebuah kereta.

Kurang daripada 10 tahun kemudian, beliau mempunyai lebih daripada 600 restoran KFC di U.S. dan Canada!

1965

Seorang yang tidak pernah mengalah, ianya hanyalah permulaan bagi Colonel yang ketika itu berusia 75 tahun. Beliau telah menjual kepentingannya dalam syarikat untuk $2 million (lebih kurang $14,161,464 pada hari ini!) dan KFC terus berkembang pesat secara global. Namun begitu, Colonel tidak akan dilupakan dan akan sentiasa kekal menjadi lambang kebanggaan KFC.

1976

Colonel, seorang figura awam yang disegani, telah dinobatkan sebagai selebriti kedua terkenal di dunia.

1980

Disahkan menghidap leukemia akut pada bulan Jun, beliau telah membuat penampilan dan kekal aktif sehinggalah hari-hari terakhirnya dengan memakai pakaian kebiasaannya, sut bulu putih bersama tali leher bertali. Colonel telah meninggal dunia akibat pneumonia di Louisville, Kentucky, pada 16 December ketika berusia 90.

Today

Hari ini, terima kasih kepada Internet, anda mungkin telah menemui versi terkini mengenai sejarah hidup Colonel. Antaranya, seorang ‘hipster’, jaguh gusti dan juga jurujual losyen pelindung matahari!

Namun watak warna-warni yang mungkin sahaja fiksyen ini, sebenarnya hanyalah seorang budak lelaki yang gemar memasak, berani menggapai mimpi dan menjalani kehidupannya secara luar biasa.

{{ message }}