Soalan-Soalan Lazim

  • Penghantaran

  • Pengurusan Akaun

Bagaimana boleh saya memesan KFC Delivery secara atas talian?

Hanya ikuti 4 langkah mudah berikut:

  1. Klik Pesan Sekarang.
  2. Semak Kawasan Penghantaran dengan memasukkan alamat penghantaran.
  3. Lihat dan pilih produk daripada Menu Penghantaran.
  4. Checkout, bayar dan kami akan hantar!

Anda juga boleh menghubungi talian KFC Delivery kami di 1300-222-888 dari jam 11.00 pagi - 10.30 malam untuk membuat pesanan.

Bolehkah saya mengubah atau membatalkan pesanan setelah membuat pesanan?
Anda boleh mengubah atau membatalkan pesanan melalui talian KFC Delivery 1300-222-888, dengan syarat produk yang dipesan belum meninggalkan premis restoran.
Bagaimana boleh saya tahu jika KFC telah menerima pesanan yang dibuat secara atas talian?

Emel pengesahan pesanan akan dihantar ke alamat emel yang telah anda daftarkan setelah pesanan dibuat.

(Jika anda tidak menerima emel melalui peti masuk, sila lihat peti ‘Spam/Junk’ atau hubungi talian penghantaran kami di 1300-222-888 jika anda perlukan bantuan lanjut)

Apa perlu saya lakukan jika pesanan yang diterima tidak lengkap?
Sila hubungi talian penghantaran kami di 1300-222-888 untuk memaklumkan kakitangan perkhidmatan pelanggan kami tentang produk yang tidak dihantar dan kami akan cuba menghantarnya kepada anda secepat yang mungkin.
Adakah terdapat fungsi ‘pesanan ekspres’ secara atas talian bagi KFC Delivery?
Sebagai pengguna berdaftar, log masuk ke akaun dan anda boleh mengakses rekod pesanan juga terus menambah pesanan lalu dengan hanya satu klik.
Adakah KFC Delivery boleh didapati di seluruh Malaysia?

KFC Delivery pada masa ini hanya membuat penghantaran ke kawasan terpilih sahaja di seluruh negara. Anda akan diminta untuk menyemak alamat bila memulakan proses pesanan secara atas talian.

Atau anda boleh menghubungi talian penghantaran kami di 1300-222-888 untuk mengetahui jika kami membuat penghantaran ke kawasan anda.

Bilakah waktu operasi KFC Delivery?

KFC Delivery beroperasi dari jam 11.00 pagi hingga 10.30 malam setiap Isnin hingga Ahad termasuklah cuti am. Namun begitu, waktu penghantaran mungkin berbeza mengikut cawangan.

Sila hubungi talian penghantaran kami di 1300-222-888 untuk pertanyaan lanjut.

Berapa lamakah masa yang diambil untuk penghantaran KFC Delivery dilakukan setelah pesanan dibuat?
Kami sentiasa berusaha untuk memberikan perkhidmatan terpantas dan terbaik. Waktu penghantaran bergantung kepada status cawangan penghantaran. Anggaran masa penghantaran akan dipaparkan dalam setiap pesanan yang dibuat di atas talian.
Adakah menu KFC Delivery sama seperti di restoran KFC?
Pilihan menu bagi KFC Delivery berbeza sedikit daripada menu utama di restoran. KFC Delivery mempunyai Menu Penghantaran dan promosi yang direka khas untuk penghantaran.
Adakah terdapat jumlah pesanan minimum bagi KFC Delivery?
Nilai minimum yang dikenakan bagi setiap pesanan di KFC Delivery adalah RM15, tidak termasuk caj penghantaran dan GST.
Apakah pilihan pembayaran yang disediakan KFC Delivery?

Berikut adalah pilihan pembayaran yang disediakan KFC Delivery:

  • Tunai (hanya untuk pesanan di bawah RM300)
  • Kad Kredit (Visa & MasterCard)
  • Kad Debit (Visa & MasterCard)

Hanya Kad Kredit/Debit yang dikeluarkan oleh bank-bank di Malaysia sahaja yang diterima.

Bolehkah saya membuat pesanan awal beberapa hari?

Anda boleh membuat pesanan sehingga 3 hari lebih awal secara atas talian melalui KFC Delivery. Sewaktu proses memesan, klik ‘Tempahan Awal’ dan pilih waktu dan masa penghantaran yang dikehendaki.

Untuk membuat pesanan lebih dari 3 hari awal, sila hubungi talian penghantaran kami di 1300-222-888 (dari 11.00 pagi hingga 10.30 malam.)

Bolehkah saya membuat pesanan KFC Delivery melalui laman sesawang tanpa mendaftar akaun?

Ya, kami kini mempunyai fungsi ‘checkout sebagai tetamu’ bagi pelanggan yang mahu membuat pesanan tanpa perlu mendaftar.

Namun begitu, kami mengesyorkan agar anda mendaftar dengan kami bagi memudahkan proses pesanan di masa akan datang. Sebagai pengguna berdaftar, maklumat anda akan disimpan dan anda boleh memilih pesanan lalu dengan satu klik. Tambahan pula, pendaftaran adalah percuma!

Bagaimanakah caranya untuk mendaftar akaun dengan KFC Delivery?

Anda akan diminta untuk ‘Log Masuk’ atau ‘Daftar’ semasa melengkapkan proses pesanan. Pilih ‘Daftar’ untuk membuka akaun dengan kami. Anda boleh memilih untuk mendaftar segera melalui fungsi ‘Daftar dengan Facebook’ atau dengan memasukkan alamat emel dan maklumat peribadi.

Proses pendaftaran kami mudah dan pantas, daftar sekarang untuk nikmati fungsi yang akan memudahkan proses pesanan akan datang!

Bagaimanakah saya boleh menetapkan semula kata laluan jika terlupa atau hilang?

Semasa anda diminta untuk log masuk, pilih ‘Lupa Kata Laluan’. Emel berserta pautan untuk menetapkan semula kata laluan akan dihantar ke emel yang telah didaftarkan di bawah akaun anda.

(Jika anda tidak menerima emel di peti masuk, sila semak peti ‘Spam/Junk’ atau hubungi talian penghantaran kami di 1300-222-888 untuk bantuan lanjut)

Di manakah boleh saya menukar maklumat akaun juga alamat?
Pertama sekali, log masuk ke akaun anda terlebih dahulu. Klik pada ‘nama anda’ dan pilih ‘Profil’. Anda boleh mengubah maklumat peribadi di dalam profil. Sekiranya anda ingin mengubah alamat penghantaan, dari ‘nama anda’, pilih ‘Alamat’ untuk memadam alamat terdahulu atau menambah alamat baharu.
Bolehkah saya berkongsi akaun yang sama dengan ahli keluarga untuk membuat pesanan melalui KFC Delivery?

Ya, anda boleh berkongsi akaun yang sama. Untuk pengetahuan anda, pesanan akan dihantar ke alamat yang didaftarkan atau dipilih sahaja. Emel pengesahan pesanan juga akan dihantar ke emel yang anda gunakan bagi akaun anda.

Namun begitu, kami menggalakkan anda untuk mendaftar akaun sendiri bagi memudahkan lagi proses pesanan. Pendaftaran adalah percuma!

Sekiranya anda mempunyai pertanyaan lanjut yang tidak terdapat di atas, sila hubungi talian penghantaran kami di 1300-222-888 (dari jam 11.00 pagi hingga 10.30 malam.)

{{ message }}