Keutamaan KamiKeutamaan Kami

Apa itu Makanan Halal?

Makanan halal ialah makanan yang mematuhi Undang-undang Islam atau Syariah. ‘Halal’ bermaksud makanan yang dimakan itu adalah:

  • Bersih.
  • Tidak memudaratkan kesihatan.
  • Bebas daripada mana-mana bahagian yang berasal daripada haiwan yang tidak dibenarkan menurut syara’.
  • Bebas daripada sebarang najis menurut hukum Islam.

Selain itu, produk daging haruslah diperoleh daripada haiwan yang dibenarkan dan disembelih mengikut syara’.

Jaminan Jenama

Jenama QSR memberi jaminan bahawa semua produk yang dihasilkan serta dijual di Malaysia adalah Halal.

Badan Penasihat Syariah Jenama QSR memantau keseluruhan proses penghasilan makanan halal dengan teliti untuk memastikan makanan yang dikeluarkan mematuhi kehendak Pensijilan Halal JAKIM.

Logo Halal JAKIM juga tertera pada setiap bungkusan produk bagi menunjukkan bahawa produk-produk ini telah memenuhi keperluan Halal.

Produk buatan tempatan

Kawalan Dalaman

Selain memperoleh Pensijilan Halal bagi setiap premis yang beroperasi, kami melakukan kawalan dalaman yang ketat terhadap pembekalan bahan mentah, perkilangan, penyimpanan, pengangkutan serta segala peralatan untuk memastikan bahawa semua produk kami menepati keperluan Halal.

Kami mengambil berat tentang langkah-langkah untuk menghalang pencemaran najis dan bahan tercemar yang merbahaya. Kami juga mematuhi keperluan industri dengan mengekalkan standard tertinggi dari segi kualiti dan kebersihan dalam pemprosesan makanan.

Pensijilan Luaran

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) membuat pemeriksaan terhadap kilang, restoran, bahan-bahan serta keseluruhan proses sebelum membenarkan penggunaan logo tersebut.

Proses Pensijilan Halal – Produk Buatan Tempatan

Jenama QSR hanya menghasilkan produk halal menggunakan bahan-bahan yang diiktiraf Badan Penasihat Syariah

Jenama QSR memohon sijil halal daripada JAKIM

JAKIM meneliti produk dan/atau kemudahan-kemudahan yang digunakan

JAKIM mengeluarkan Sijil Halal

Produk Yang Diimport

Semua produk import diiktiraf Halal oleh perbadanan makanan dan nutrisi Islam tempatan yang diakui JAKIM. Bagi memastikan ketulenan status Halal bagi produk import, pegawai dari Badan Penasihat Syariah Jenama QSR memeriksa semua kemudahan pembekal luar kami.

Proses Pengesahan Produk Import

Penerimaan permohonan untuk penggunaan produk/ bahan yang telah diiktiraf Halal daripada badan pengiktirafan Halal negara tempatan

Badan Penasihat Syariah Jenama QSR mengesahkan produk dan mengiktiraf bersama JAKIM status bagi badan pengiktirafan Halal tempatan

Badan Penasihat Syariah memberi kebenaran untuk menggunakan produk/ bahan yang dicadangkan

Bahan Mentah

Semua pembekal bahan mentah dikehendaki menghantar akuan berkanun bagi mengesahkan penurutan segala keperluan Halal dari segi proses penghasilan, penyimpanan dan pengangkutan produk yang dibekalkan.

Sebarang pertanyaan, sila emel kepadahalal@kfcholdings.com.my

{{ message }}