Apakah itu Add Hope?
Add Hope: Add Hope adalah sebuah inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat global KFC yang pada mulanya dilancar di bawah nama ‘World Hunger Relief’ pada tahun 2007. Add Hope bertujuan untuk membangkit kesedaran serta memacu tindakan dalam usaha untuk mengakhiri krisis kelaparan dunia dengan meningkatkan jumlah wang yang terkumpul setiap tahun bagi Program Makanan Sedunia (WFP) oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dan agensi-agensi bantuan makanan lain di seluruh dunia.
Sebagai sebuah syarikat perkhidmatan makanan global, usaha untuk menghentikan krisis kelaparan dunia merupakan sesuatu yang amat dekat dan bersesuaian dengan perniagaan ini. KFC mengambil berat tentang masyarakat sekitarnya dan sehingga kini telah mengaktifkan lebih daripada 1.5 juta kakitangan, pemegang francais dan sukarelawan untuk turut serta dalam usaha-usaha memberikan bantuan makanan ke seluruh dunia. Usaha ini turut mengumpul sejumlah $600 juta untuk disalurkan kepada Program Makanan Sedunia (WFP) oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dan agensi-agensi bantuan makanan lain serta membantu menyediakan 2.4 bilion hidangan makanan kepada WFP sekaligus menyelamatkan jutaan nyawa di setiap pelusuk terpencil dunia.
Apakah itu Add Hope Malaysia?
Add Hope Malaysia adalah kempen yang menyokong inisiatif global KFC di peringkat tempatan bagi menghentikan krisis kelaparan dunia. Pengaruh dan capaian daripada sistem restoran, kakitangan serta pembekal telah membolehkan kami mendekati dan meraih sokongan dari jutaan pelanggan KFC. Sehingga kini, KFC Malaysia telah mengumpul lebih daripada RM21.3 juta di peringkat tempatan. Sebahagian dana ini diagihkan kepada Program Makanan Sedunia (WFP) manakala sebahagian lagi disumbangkan kepada warga tempatan. Benefisiari tempatan termasuklah rumah-rumah kebajikan, badan bukan kerajaan dan keluarga kurang berkemampuan di seluruh Malaysia.
Add Hope Hope adalah sebuah usaha berterusan yang tidak terhad sekadar tempoh pengumpulan dana namun turut melibatkan pelbagai inisiatif lain sepanjang tahun. KFC Malaysia akan kekal komited di atas kesedaran bahawa usaha membanteras kelaparan ini memerlukan kerjasama bersepadu yang berterusan. Sehingga kini, seluruh organisasi telah tampil melibatkan diri, daripada kakitangan restoran sehinggalah ke peringkat pengurusan. Semua pihak berpegang kepada hasil yang diperoleh daripada semangat bekerjasama serta semangat untuk memberi.
Setiap tahun, dana dikumpul menerusi tabung derma yang disediakan di semua outlet seluruh negara selain penjualan hidangan Add Hope KFC sepanjang bulan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri. Orang awam juga boleh menyumbang melalui dalam talian di kfc.com.my
Apakah matlamat kempen ini?
Untuk menyeru kakitangan kami, para pelanggan serta keluarga mereka untuk mengurangkan krisis kelaparan melalui:
- Pengumpulan dana bagi membekalkan sumber makanan di kawasan-kawasan yang dilanda isu kelaparan seluruh Malaysia dan di luar negara melalui WFP oleh Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu. Sejak 2013, sebahagian besar daripada dana terkumpul telah disalurkan kepada benefisiari tempatan.
- Pendidikan dan kesedaran tentang isu kelaparan serta kesannya terhadap individu dan masyarakat, terutamanya yang melibatkan komuniti di Malaysia.
- Memberi bantuan dalam usaha membanteras kelaparan dalam masyarakat, terutamanya di Malaysia.
Apa itu Program Makanan Sedunia (WFP)
WFP adalah agensi kemanusiaan terbesar dunia yang menyediakan makanan dan sumber bagi membina komuniti swakekal di kawasan-kawasan termiskin dunia.
Berapa lamakah KFC Malaysia telah terlibat dalam menyokong inisiatif ini?
KFC Malaysia telah menyokong inisiatif ini sejak tahun 2007
Bagaimana KFC akan membantu mengumpulkan dana pada 2017?
Dana akan dikumpulkan bermula 7 Jun melalui::
- Tabung derma di kaunter restoran KFC seluruh negara
- Promosi hidangan Add Hope di KFC (semua hidangan yang terjual di bawah promosi ini akan dicaj tambahan 50 sen yang akan disalurkan terus ke dalam dana tersebut)
- Beri sumbangan secara dalam talian melalui tempahan penghantaran atau secara langsung melalui (kfc.com.my/csr-addhope)
Bagaimanakah dana yang terkumpul akan diagihkan kepada mereka yang memerlukan?
Setiap sumbangan akan disalurkan terus kepada Add Hope Malaysia, yang membekalkan makanan kepada mereka yang berhadapan dengan kemungkinan tidak mempunyai sebarang sumber makanan tersedia. Dana yang disumbangkan oleh pelanggan akan menyokong inisiatif pembasmian kelaparan tempatan secara langsung melalui Program Pengagihan Add Hope dan program-program kerjasama dengan badan bukan kerajaan selain menyokong keperluan program-program makanan WFP di negara-negara kurang membangun di seluruh dunia.
Kerjasama dengan NGO pada tahun 2016:
Pertubuhan Tindakan Wanita Islam (PERTIWI)
Membantu menyediakan makanan kepada komuniti miskin dan gelandangan melalui PERTIWI Soup Kitchen dengan hidangan asas berbungkus sebanyak 4 kali seminggu selama 7 bulan.
Kechara Soup Kitchen Society Malaysia (KSK)
Membantu menyediakan makanan kepada komuniti miskin dan gelandangan melalui Kechara Soup Kitchen dengan mengagihkan makanan setiap minggu selama 8 bulan termasuk bank makanan kepada 185 buah keluarga.
Food Aid Foundation
Program bantuan makanan dan nutrisi kepada kanak-kanak dan wanita mengandung serta ibu menyusu.
Yayasan Chow Kit
Program pantri bagi menyediakan akses kepada hidangan asas dan sihat sebanyak dua kali sehari kepada semua kanak-kanak dan remaja daripada keluarga berpendapatan rendah yang menghadiri tiga pusat milik mereka.
Hope Worldwide Malaysia
Menyediakan bantuan makanan kepada beberapa komuniti kurang berkemampuan di negeri-negeri berikut: Sarawak, Sabah, Kedah, Penang & Perak
Malaysia Red Crescent Community Services - JB
Menyediakan bantuan makanan kepada mereka yang kurang bernasib baik semasa bulan Ramadan melalui program bubur lambuk di: Johor, Perak, Kedah, Pahang & Kelantan
Menyediakan bantuan makanan kepada beberapa komuniti kurang berkemampuan di Johor, Perak, Pahang, Kelantan, Sabah & Sarawak.
Yayasan Orang Kurang Upaya Kelantan
Menyediakan bantuan makanan (makan tengah hari) sepanjang satu tahun persekolahan kepada murid-murid sekolah di sekurang-kurangnya tiga kawasan yang berpenduduk miskin di Kelantan (SK Sungai Rual, SK Sungai Long, SK Bukit Awang).
Mengapa KFC Malaysia mengadakan kerjasama dengan NGO tersebut?
Barisan NGO ini merupakan badan-badan rasmi yang mempunyai rangkaian dan tanggungjawab untuk memastikan dana terkumpul dapat disampaikan kepada pihak yang layak iaitu mereka yang tergolong dalam golongan yang dilanda kelaparan, tiada tempat berteduh, memerlukan bantuan serta golongan miskin tegar dengan membekalkan bantuan yang diperlukan. Kerjasama dengan pihak NGO ini dapat memastikan dana tersebut dapat disalurkan dengan cara yang cekap dan berkesan.
Di mana saya boleh mengetahui lebih lanjut tentang Kempen Add Hope?
Dana terkumpul dari 2007 - 2015:
- 2007: RM731,396
- 2008: RM1 juta
- 2009: RM1.1 juta
- 2010: RM1.5 juta
- 2011: RM2.1 juta
- 2012: RM2.2 juta
- 2013: RM2.5 juta
- 2014: RM2.6 juta
- 2015: RM3.6 juta
- 2016: RM4.0 juta
JUMLAH DANA TERKUMPUL DARI 2007- 2016:
Bagaimana saya boleh menyumbang kepada inisiatif ini?
Sepanjang bulan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri, anda boleh menyumbang dengan membuat pembelian hidangan Add Hope daripada menu di mana 50 sen disalurkan kepada dana Add Hope. Selain itu, anda juga boleh menyumbang melalui dalam talian atau melalui tabung-tabung derma yang diletakkan di setiap restoran KFC di seluruh negara.