Jaminan KualitiJaminan Kualiti

Sebagai rangkaian makanan segera terbesar di Malaysia dan Brunei, KFC komited menghidangkan ayam goreng Original Recipe® yang mengandungi 11 rempah dan herba. Kawalan ketat prosedur keselamatan makanan berkualiti tinggi dikekalkan bagi memastikan hanya produk makanan yang sedap hingga menjilat jari dihasilkan.

Produk Kami

Kawalan kualiti kami bermula dengan pembekalan kesemua bahan-bahan mentah. Pengauditan tahunan pembekal dikendalikan oleh sebuah syarikat audit pihak ketiga antarabangsa yang ditetapkan oleh YUM. Audit selalunya dijalankan oleh sekumpulan pakar teknologi makanan dari jabatan Jaminan Kualiti KFC bagi memastikan keselamatan makanan, kualiti sistem, kemudahan pembungkusan, pengedaran dan pengangkutan.

Suhu & Kawalan Jangka Hayat Simpanan

Produk kami dimasak pada suhu tinggi, lebih daripada yang ditetapkan oleh World Health Organization (WHO), seiring dengan kawalan ketat suhu dan jangka hayat simpanan bagi memastikan makanan yang dihidang selamat dan segar.

Pengendalian Produk

Perlaksanaan prosedur yang ketat bagi mengurangkan risiko pencemaran silang di antara bahan mentah dan produk siap untuk dimakan.

Nutrisi & Jaminan Kesihatan

Maklumat nutrisi produk-produk KFC disediakan bagi membantu para pelanggan merancang pemakanan sihat dan seimbang. Minyak sawit tidak terhidrogen 100% bebas kolesterol digunakan bagi memasak kesemua produk kami.

Konsep & Perisa Baharu

Sekumpulan pakar teknologi makanan sentiasa bereksperimentasi dengan konsep dan perisa baharu bagi memberikan lebih nilai juga pilihan sihat buat para pelanggan.

Kualiti Pembekal

Kami sentiasa memantau prestasi pembekal melalui penyerahan laporan kualiti yang dikaji semula oleh pemberi francais serantau.

  • Penilaian suku tahunan QA juga dijalankan pakar teknologi makanan ke atas pembekal dalaman.
  • Pembekal ayam kami dipantau rapi Jabatan Perkhidmatan Veterinar manakala ayam dari ternakan KFC disembelih kakitangan bertauliah dari Jabatan Islam Negeri bagi memastikan prosedur Halal dipatuhi. Ketahui lebih lanjut tentang Polisi Halal kami.

Kualiti Restoran

Setiap restoran KFC di seluruh Malaysia dan Brunei diaudit tiga kali setahun oleh sepasukan eksekutif QA berdasarkan ciri-ciri kecemerlangan utama restoran KFC - CHAMPS.

  • C - Cleanliness
  • H - Hospitality
  • A - Accuracy
  • M - Maintenance
  • P - Product Quality
  • S - Speed of Service

Program audit milik YUM ini merangkumi semua aspek di bawah CHAMPS seperti kebersihan dan penyelenggaraan, sanitasi dan kebersihan diri juga kualiti produk. Ia turut juga mengambil kira kelajuan perkhidmatan, layanan, keselamatan diri, latihan dan pendokumentasian.

Semua restoran KFC juga diaudit dua kali setahun oleh pengaudit yang dilantik YUM dari firma antarabangsa dengan fokus utama pada amalan keselamatan makanan.

Program kaji selidik di atas talian digunakan bagi mengumpul maklum balas secara langsung daripada pelanggan. Di sini, pelanggan boleh menilai dan memberi komen tentang kebersihan, keramahan kakitangan, kelajuan perkhidmatan, ketepatan pesanan, rasa dan kepuasan secara keseluruhannya. Keputusan daripada kedua-dua audit dalaman dan luaran, juga jawapan kaji selidik pelanggan kemudian akan digunakan untuk memastikan pematuhan dan penambahbaikan yang berterusan.

Program HACCP

Hazard Analysis Critical Control Point (HACCP) adalah sistem pengurusan yang merangkumi proses mengenal pasti, menilai dan pengawalan bahaya fizikal, biologi dan kimia bagi memastikan keselamatan makanan. KFC cawangan KLCC merupakan restoran pertama yang diaudit dan diperakui dengan HACCP oleh badan pensijilan terkemuka, sejak tahun 2005. Critical Control Points (CCPs), amalan yang baik dan senarai semak kemudiannya diintegrasikan ke dalam Senarai Semak Operasi Harian yang digunakan kesemua restoran KFC di dalam negara.

Sanitasi & Kebersihan

Piawaian khusus operasi harian dilaksanakan bagi sanitasi peralatan dan perkakas dapur untuk memastikan penyediaan makanan bebas daripada bakteria merbahaya. Hanya peralatan selamat untuk makanan dan perkakas dapur mudah dicuci digunakan dalam penyediaan makanan.

Setiap kakitangan yang bekerja di restoran diwajibkan menghadiri Kursus Pengendalian Makanan untuk latihan dan pensijilan seperti yang ditetapkan Kementerian Kesihatan. Pasukan restoran juga diberi vaksin kepialu pada masa pengambilan bekerja dan sekali lagi setiap tiga tahun.

Kemudahan membasuh tangan yang cukup disediakan dan prosedur membasuh tangan yang ketat turut dilaksanakan bagi memastikan kebersihan. Polisi bersarung tangan juga dilaksanakan, di mana penggunaan sarung tangan pakai buang, pencedok atau penyepit yang disanitasikan adalah perlu ketika mengendalikan produk sedia untuk dimakan.

Kawalan Perosak

Pemeriksaan profesional dan rawatan bulanan dijadualkan di setiap restoran dengan melibatkan syarikat pengawal perosak bereputasi baik bagi memastikan kebersihan restoran kami.

  • Laporan berkala trend aktiviti perosak akan dibentangkan oleh syarikat pengawal perosak kepada pihak pengurusan untuk tindakan pembetulan dan rawatan.
  • Semua racun perosak telah diluluskan oleh Lembaga Racun dan Data Keselamatan Bahan difailkan untuk kecemasan.

Langkah tambahan diambil berdasarkan pemantauan harian oleh pasukan restoran termasuklah langkah-langkah pasif seperti penyaringan perosak, pemasangan penangkap lalat, juga memastikan pembersihan dan penyelenggaraan yang betul.

{{ message }}