Terma dan Syarat

  • Pesanan minimum berjumlah Ringgit Malaysia Lima Belas (RM15) dan caj penghantaran Ringgit Malaysia Tiga dan Sen Lima Belas (RM3.15) terpakai bagi semua pesanan.
  • Kawasan penghantaran adalah terhad.
  • Waktu operasi: 11.00pagi hingga 10.30malam (mungkin berubah mengikut lokasi).
  • Semua harga adalah termasuk 6% GST.
  • Harga menu ini adalah terpakai untuk KFC Delivery sahaja dan tertakluk kepada perubahan tanpa notis awal terlebih dahulu.
  • Bagi pesanan yang bernilai lebih daripada Ringgit Malaysia Dua Ratus (RM200), jangkaan waktu penghantaran adalah lebih kurang dua (2) jam.
  • Semua produk dalam bundle promosi dan set adalah tetap.
  • Hidangan tawaran bagi KFC Delivery dan Dine In atau Take Away mungkin berbeza.
  • Bagi menjamin keselamatan penghantar, KFC Delivery mungkin tidak dapat beroperasi sementara waktu di kawasan tertentu disebabkan oleh keadaan cuaca atau keadaan yang tidak diduga.
  • Gambar yang ditunjukkan adalah untuk tujuan ilustrasi sahaja.
  • Pembayaran boleh dibuat secara tunai. Kami juga menerima pembayaran secara kad kredit atau kad debit (Visa, MasterCard) yang dikeluarkan oleh bank-bank di Malaysia.
  • Pembayaran secara kad kredit atau kad debit perlu dibuat semasa proses pesanan. Pembayaran tunai perlu dibuat pada masa penghantaran diterima.
  • Sebarang pembayaran balik, penukaran atau pembatalan adalah tidak dibenarkan sama sekali setelah pesanan atau pembayaran telah dibuat.
  • Sekiranya terdapat percanggahan antara terma dan syarat versi Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, versi Bahasa Inggeris adalah terpakai.

{{ message }}